1. Apakah yang dimaksudkan dengan CPD?
Continuous Professional Development adalah program yang dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan menambah baik kecekapan profesional sepanjang kerjaya seseorang pegawai. Program tersebut merupakan komitmen ahli-ahli pertubuhan profesional untuk mengekal dan mengembang serta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan membangunkan kualiti peribadi yang diperlukan di dalam bidang profesional berkaitan
2. Apakah aktiviti yang terdapat dalam program CPD?
Program CPD merangkumi aktiviti latihan (latihan umum & latihan khusus, sesi pembelajaran dan sumbangan luar tugas rasmi
3. Apakah definisi program CPD?
i.Latihan : Aktiviti latihan dikira yang dijalankan secara bersemuka dan berterusan anjuran jabatan, bahagian atau agensi luar di dalam dan luar negara
a.Jangka Pendek : Kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik
b. Jangka Sederhana : Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik
c. Jangka Panjang: Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik
ii.Sesi Pembelajaran : Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam, anjuran jabatan, bahagian dan agensi luar; dan Jumlah hari yang boleh diambil kira terhad kepada 5 hari , (30 jam) sahaja setahun
iii.Sumbangan Luar Tugas Rasmi :
- Kegiatan atau sumbangan di luar tugas rasmi ini dilaksanakan di peringkat komuniti / jabatan/daerah /negeri / negara / antarabangsa yang berfaedah kepada organisasi / komuniti / Negara pada tahun yang dinilai.
- Aktiviti atau program yang dilakukan bukan merupakan tugas hakiki staf dan tidak dimasukkan dalam Sasaran Kerja Tahunan.
- Keahlian dalam mana-mana pertubuhan parti politik adalah tidak diiktiraf sebagai sumbangan dan kegiatan di luar tugas rasmi.
4. Berapakah keperluan mata minimum CPD yang harus diperolehi oleh setiap staf?
- Keperluan mata minimum CPD yang perlu diperolehi oleh staf Kumpulan Pengurusan & Profesional Dan Sokongan (Gred 1-54) adalah 42 mata
- Keperluan mata minimum CPD yang perlu diperolehi oleh staf Kumpulan Akademik (Gred 41-54) adalah 42 mata manakala Keperluan mata minimum CPD yang perlu diperolehi oleh staf Kumpulan Akademik (Professor & JUSA) adalah 20 mata
|