Surat Pekeliling Bil.19 Tahun 2008 telah menetapkan tiga kaedah Penilaian Tahap Kecekapan untuk dilaksanakan oleh Agensi/ Jabatan/ Kementerian iaitu Pusat Penilaian Kompetensi (PPK), Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Penilaian Berteraskan Latihan (PBL).
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 2010, PenilaianTahap Kecekapan (PTK) telah dimansuhkan bermula 1 Januari 2011.
Selaras dengan itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah membangunkan Sistem Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi mempertingkatkan pengetahuan serta kecekapan seseorang pegawai sejajar dengan pembangunan Pelan Strategik UMP yang berkehendakan staf yang kompeten.