PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN / CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CPD)
CPD adalah program yang dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan menambah baik kecekapan profesional sepanjang kerjaya seseorang pegawai. Program tersebut merupakan komitmen ahli-ahli pertubuhan profesional untuk mengekal dan mengembang serta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan membangunkan kualiti peribadi yang diperlukan di dalam bidang profesional berkaitan.
(Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005)